Mood Yang Hilang..

on Saturday, May 26, 2012



Bismillahirrahmanirrahim.


Jaja takde mood nak berblog. nokhtah




pssstt..tapi suka nyanyi-nyanyi sensorang 
Tag : ,

It's jodoh's matter | Bagi Jaja Hari Ini Bukanlah "Wordless Wednesday"

on Wednesday, May 23, 2012



Bismillahirrahmanirrahim


Amboi jaja..tajuk entry kau panjang kemain. maklum lahh..dah lama tak menaip.tajuk punyalah panjang yer


Jaja malas nak bebel pepanjang ekceli.. tapi ada sesuatu yang patut diluahkan, kerana di sini saja port yang difikirkan sesuai untuk ditujukan isinya kepada orang yang berkenaan.


awal kalam.. dengan rendah hati.. mohon ribuan kemaafan kepada yang berkenaan. tolong maafkan.. nah..di sini segalanya akan diperjelaskan..kalau ditaipkan dengan teks pesanan ringkas ntah bila akan dihantar. type sedikit, delete segala hurufnya, type sikit lagi, backspace juga. sampai ke sudah sms tu tak jadi dihantar :|


begini, selalu dengar jodoh pertemuan ditangan Tuhan, seorang yang sudah lama bercinta sakan dan berjanji untuk untuk berkahwin tapi mereka gagal berkahwin dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. boleh jadi juga seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke akhir hayat juga dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. 


Sebab tu jaja percaya dengan hasil istikharah kerana tempoh sebelumnya ada rasa bimbang dan ragu dengan pilihan jodoh. bukanlah bermaksud tidak berusaha dan menunggu sahaja jodoh tu datang, tapi jaja suka blurr dan tak fikir sangat pasal jodoh selepas patah hati beberapa tahun dulu.. bajet nak pikir pasal kahwin umur 29-30.


konon konon fikir tak mahu gelojoh dan fokus dulu dengan kerja.  tapi macam - macam hal yang berlaku. ada saja yang menggigit perasaan. risau juga sebenarnya..risau dikatakan mengejar kepentingan perut dari kebahagiaan hidup dengan berumahtangga.


sebelum bertunang lagi sudah mulakan istikharah, sampai ke malam hari pertunangan dan sampai ke hari ini masih terus mohon pilihan yang tepat dan yang tertulis jodohnya. tak pernah pula pinta yang hensem rupanya, molek janggutnya, tegap bandannya, cukuplah yang boleh membahagiakan hati dan sojuk mato eden nengok aihh.. adalah ciri-ciri yang sudah dikategorikan ustaz azhar idrus. it's just fine.


cuma kejap-kejap, timbul curiga dengan hati & perasaan sendiri. soalan seperti "ehh betul ke jodoh aku dah sampai ni???" "ish..kenapa aku asyik teringatkan si fulan ni saja???" "Allah..kenapa si fulan nie selalu aku fikirkan.. " sampai tak larat dan kadang kadang merembes juga ayor mato nie ha... so bad :'(


itu kerja syaiton. ya syaiton


syaiton memang sengaja memporak perandakan..


setiap saat doa dipanjatkan, mohon hati dikuatkan.. mohon ketenangan ditenggelamkan dalam dalam.. 


pusing pusing dengan fikiran berterabur, jiwa bercelaru akhirnya titik positif dekat dengan si encik tunang.. susah payah pikior nangis-nangis bagai, jawapan positif juga berpihak kepada si encik tunang..mohon yang berkenaan faham akan keadaan  ini..faham atas keputusan yang telah diuarkan.. 


sekali lagi, tolong maafkan si empunya hati kecil nie.. :'(


 "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku".


Terima kasih kerana membaca 
harap yang berkenaan baca sebelum entry ini di'delete'

Tag : , , ,

Samsung Galaxy s3 | "Come and meet the next Galaxy"

on Tuesday, May 22, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

013-samsung-galaxy-s3-harga-malaysia-jun-2012

wow...
Dalam laman Facebook rasmi Samsung USA, terbit notifkasi terbaru dengan ayat berbunyi “Come And Meet The Next Galaxy“ pasti ramai tak sabar menunggu kemunculannya di Malaysia :)


Galaxy S3 dikatakan akan dipasang dengan skrin AMOLED bersaiz 4.6 inci, membawakan Android 4 Ice Cream Sandwich, RAM 2GB, prosessor berkepantasan 2Ghz, kamera belakang dengan lensa 12 megapiksel. Harga Galaxy S3 di Malaysia kami jangka RM1,999-RM2,200


Dari blog Ammboi..info yang jaja dapat..

"Samsung Galaxy S3 mempunyai kamera belakang pintar 8 megapiksel dan kamera hadapan pula beresolusi 1.9 megapiksel. Untuk rekaan pula, model itu mempunyai bentuk ergonomik berkonsepkan alam selain lengkungan kemas yang bakal memberi keselesaan sentuhan dan genggaman di tapak tangan.
Sesuatu yang baru, melalui aplikasi S Voice, peranti berkenaan dapat mengesan maksud sesuatu arahan suara dan seterusnya memberi respons bersesuaian seperti fungsi pencarian maklumat, kawalan muzik, penghantaran mesej atau emel dan rakaman foto.
Bukan setakat itu, kehadiran aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play turut membolehkan telefon itu diintegrasi secara Wi-Fi bersama televisyen, komputer peribadi atau tablet bagi tujuan penghantaran fail. Samsung Galaxy S III dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang penghujung Mei ini dengan tawaran pilihan warna biru dan putih"

SUMBER lagi SUMBER

psstt..lama x hupdate..bizi ler konon.. in fact kepala serabut jadi malas dan macam xde mood nak berblog. ada masa senang jaja lebih suka tido. so bad T__T

ushar ushar blog ammboi tetiba nampak this another awesome galaxy..bersemangat la siket..heh :)


wow... bestnyerrrr..best best! best kalau ada yang letak dalam dulang hantaran :p

Tag : , , , ,

Ilustrasi Stylo | Persona Karikatur Untuk Jaja Dari Ayie Abas

on Sunday, May 13, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone
Terlakar senyuman tepu keikhlasan dari bibir separa tipis separa tebal. kadang kadang menggeletek perasan..masih lagi menyeringai eh menyenyum eh tersenyum dek keterujaan perasaan :)


ada sesuatu buat jaja dari ayie abas
walaupun sudah maklum, jaja tak sudah sudah mengekspreskan rasa tidak sabar 


Tadaaaaa!!!~~
Persona Karikatur Untuk Jaja Dari Ayie Abas
ecehh! gerek tak tajuk gambar jaja..kikiki





memang stylo


terima kasih Ayie Abas untuk hamparan persona ini..


kerana ada gembira yang terbit dari nurani 

jaja happy


happy sangat tau!


terima kasih untuk hadiah ini, juga unik setiakawan yang tak pernah minta dibalas 
^__~


karikatur di atas dilakar dari cebisan kenangan di hari pertunangan jaja 28 april lepas 


doakan jaja menempuhi seanjak lagi fasa hidup dengan baik..dan baik baik saja..




pandai betei sedara kite nie melukis! teruja...terharuuu...thanks again ayie abas. anda sangat cool. anda sahabat yang baik :)

terima kasih juga untuk persahabatan kita 

 jaja suka kearaban yang ada dalam kalangan kita 
:)

***************


pssstttt....kenapa jaja menggunakan kata 'persona'..kerana persona punya jiwa, persona punya wajah yang nyata, juga persona punya isi diri yang tersirat. persona punya sesuatu yang bernafas. Jaja merasakan watak yang hidup dalam karikatur yang dilukis ayie. cool bukan?? :)

Tag : ,

Adam si pemilik rambut kacak

on Saturday, May 12, 2012

hye. nama diberi adam iskandar. di bawah ada gambar saya
saya dan rambut saya yang kacak!
saya handsome bukan?? sila angguk

pada waktu pagi, saya sangat ceria, happy serta sedikit bersemangat untuk belajar!
setiap pagi papa yang sikatkan rambut saya
saya suka sebab papa ada letak gel rambut sekali. hurmmm harumnya!
saya yakin dengan penampilan saya!! 

namun begitu...
saya menyedari bahawa langit tak selalunya cerah..
kejap kejap mendung bertandang..mudah mudahan muncul pelangi yang berwarna warni. tapi harapan cuma harapan.semua menjadi tidak pasti.sebab semua boleh jadi berubah ubah

saya tahu, setiap sesuatu itu akan berubah ubah akur akan setiap kejadian tidak ada yang kekal..

sama seperti rambut saya! T__T



bila tiba waktu terpacak mentari di atas kepala... rambut saya yang awesome menjadi kering, layu tidak sebugar seperti di waktu pagi..

saya dapati rambut saya sudah tidak kacak di mata..

semangat saya kian pudar.seakan lenyap bersama peluh yang merenik di tengahari

saya mengaku bahawa saya sangat kecewa!

tanpa mempedulikan sesiapa termasuk cikgu jaja yang sedang menggigil menahan amarah. katanya dia sedih melihat saya seperti tidak memberi perhatian dan suka berada di dalam dunia saya sendiri. ya, saya punya dunia sendiri. lagi hebat. pedulikan cikgu jaja! bukan dia yang berikan aku duit 2 hengget grrrr.. 

ahh tak pedulik.. tak pedulikkk
saya harus lakukan sesuatu dengan rambut saya ini! kerana  kekacakannya tidak menyerlah lagi (err in fact masih kacak bukan?? )

ahhh...saya harus membuat sesuatu!
sayup sayup kedengaran cikgu jaja menjerit halus

"adam..adamm!!! adam mahu ke mana????"

ahhh taknak dengar. taknak dengar


pheuww...lega...baru puas hati saya.
tapi saya sedikit runsing kerana baju saya hampir kesemuanya basah! 
cikgu jaja lagi tadi tergamam. teruja lettew melihat saya rambut saya kembali rapi.mudah mudahan menjadi semakin kacak! yay!

okay..kawan-kawan mula bising. asyik bertanya kenapa saya basahkan rambut saya
saya katakan:

Jel sudah hilang dari rambut saya. jadi saya gantikan dengan air.bijak bukan?? tehehehe 

-end-


pssstt..in a meantime i really dont know how to handle this 'anak bertuah'

Tag : , , ,

Entry Kurang Suci | Memadam dan Mencebuk

on Thursday, May 10, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone


kelas hingar bingar. namun aku biarkan ia bising. bukan aku tak reti menunjuk disiplin di dalam bilik darjah, tapi aku suka jika murid-muridku bising. bising tanda sihat. kalau sakit pasti diam lemah lantas kaku kerana lesu.. walau apa pun, lain guru lain caranya..ini cara aku.. (peh pehh jaja buat ayat selamatkan diri)


(ini sejenis pemadam.ohh it's cute)


di celah celah kegempitaan murid berdiskusi, aku terdengar dialog antara dua persona.. putra dan jihan


PUTRA : "weh jihan! apesal kau padam tulisan tu tak bersih??? kan cikgu dah kata, kalau memadam tak bersih sama laa macam kau cebuk pon tak bersih juga"


JIHAN: "ohhh..lupa ahh...." 


aku di belakang kelas, sedang membelek belek senaskhah bacaan. bahuku terhenjut henjut ketawa sendirian..bacaan di tangan ikut bergoyang. kihkihkih... ingat juga mereka kata-kata yang pernah aku lontarkan bulan lepas..aku gembira. syukur. walaupun aku mengajar ntah hape hape..sekurang-kurangnya murid murid belajar memadam dengan bersih dari tunjuk ajarku.. :) yay!





Tag : , ,

Soal Jawab | Salah Faham Bank Islam Dan Hukum Menggunakan Bank Konvensional


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone


Soal Jawab: Salah Faham Bank Islam Dan Hukum Menggunakan Bank Konvensional


ByFathullah Al-Haq (Universiti Yarmouk)
Soalan:
Adakah jatuh hukum haram sekiranya terdapat bank Islam di dalam sesebuah negara, tetapi tetap menggunakan khidmat bank Konvensional walaupun kononnya tidak mengambil faedah yang diberikan oleh pihak bank.

Jawapan:
Saya masih ingat lagi mengenai perbualan saya dengan seorang jutawan ternak sewaktu cuti raya yang lepas. Ketika itu sedang menghadiri kenduri majlis kesyukuran kawan saya yang hendak sambung belajar ke luar negara. Beliau (Uncle) merupakan jutawan muda yang sangat berjaya kerana perniagaannya bukan sahaja di Malaysia, malah menjangkau di beberapa buah negara di barat. Apabila bersembang dengan beliau, terlalu banyak pengalaman dan teori perniagaan yang beliau berikan. Sungguh, saya katakan bahawa beliau adalah seorang yang sangat kritis dalam berfikir dan merancang perniagaan.
“Kenapa produk bank Islam lebih mahal daripada bank konvensional, bukan ke sistem bank Islam adalah untuk memudahkan masyarakat Islam dan membantu kebajikannya?” tanya Uncle tersebut tiba-tiba ketika sedang berbual.
Saya sebenarnya tidak tahu apa niatnya sebenar, adakah mahu provoke saya yang mengaji dalam bidang pengajian Islam atau sebaliknya. Maka saya menjawab persoalan tersebut.
“Sebenarnya bank Islam masih baru lagi menjalankan operasinya, dan uncle pun sedia maklum mengenai sejarah kewujudannya. Maka sebagai ahli perniagaan, Uncle perlu tahu bahawa produk yang hendak ditawarkan masih baru dan terikat kepada pasaran serta kemampuan semasa sesebuah badan korporat itu. Hal ini berbeza dengan bank (badan korporat) yang berunsurkan faedah(interest), mereka sudah bertapak dengan begitu lama, dan kedudukan mereka sangat kukuh kerana sudah berpuluh tahun dibangunkan, tidak banyak persaingannya sebelum ini, maka tawarannya lebih murah berbanding dengan produk Perbankan Islam. Jika kita perasan, di dalam prinsip ajaran Islam, Islam sangat adil kerana menjaga kebajikan ke dua-dua belah pihak, tidak hanya menjaga kepuasan pelanggan (customer), malah menjaga juga kebajikan pihak penjual ” saya cuba memberi gambaran awal secara keseluruhan.
“So, why ada seorang mufti ni dia cakap abaikan sahaja Perbankan Islam jika terlalu mahal” ujar beliau lagi.
Saya sangat terkejut dengan ungkapan ini sebenarnya.
“Siapakah mufti tersebut? Jika dia mengeluarkan pendapat seperti itu, sebenarnya dia sedang menyembelih syarikat korporat Islam yang telah mendapat keizinan patuh syariah daripada majlis fatwa kebangsaan” saya menjawab.

Salah Faham
Hari ini kebanyakan masyarakat salah faham mengenai sistem Perbankan Islam, mereka hanya nampak bahawa sistem Perbankan Konvensional murah dan lebih terjamin. Bukan itu sahaja, malah mereka menuduh bank Islam mengambil kesempatan ke atas orang Islam. Ini adalah persepsi yang jauh menyimpang daripada hakikat yang sebenar. Contoh yang saya boleh berikan ialah apabila seseorang membuat pembiayaan rumah mengikut sistem Islam dengan kadar 7.80% oleh pihak bank, manakala sistem konvensional hanya mengenakan pembiayaan dengan kadar 5.80% sahaja. Teknik yang tidak disedari sebenarnya, mereka tidak memahami cara kiraan yang betul, menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah mengenai sistem syariah.
Sebenarnya, sistem perbankan Islam hanya mengenakan kadar 7.80% dari tahun pertama sehingga ke tahun 30 sebagai contoh, kadar ini tidak akan berubah sehinggalah jangka masa 30 tahun tersebut. Manakala Bank Konvensional tidak menawarkan bayaran bulanan kekal dengan kadar tersebut sepanjang 30 tahun pembiayaan, bermakna ia akan berubah mengikut keadaan semasa.
Jika kita sedar tentang hakikat pinjaman perumahan atau produk selainnya yang ditawarkan oleh pihak bank konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah untuk dua tahun pertama, tetapi pada tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar keputusan  BLR (Base Lending Rate) atau kadar pinjaman asas yang tidak tetap serta dicampur dengan 0.25% (sebagai contoh). Bagaimana jika % BLR melambung tinggi seperti 13% sebagaimana yang berlaku semasa krisis ekonomi. Bukankah pada waktu itu, kadar faedah (riba’) yang perlu dibayar oleh pelanggan juga sangat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam pengamalan bank yang menjalankan sistem Perbankan Islam kerana di awal kontrak lagi telah ditetapkan harga jualannya (akad), tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam bermurah hati untuk memberi rebate (ibra’) atau diskaun jika pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal (EARLY SETTLEMENT). Perlu diketahui bahawa BLR merupakan kadar yang tidak menentu dan boleh melonjak naik bergantung pada keadaan ekonomi semasa.
Ini bermakna kenyataan yang menuduh sistem Perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi kepada pelanggan adalah kenyataan yang kurang tepat dan boleh dipertikai. Malah jika di lihat pada kadar pembiayaan  yang dikenakan oleh sistem Perbankan Islam untuk produk-produk pembiayaan perniagaan & pembiayaan perumahan juga membuktikan kadarnya adalah setara dengan kadar yang ditawarkan oleh sistem bank Konvensional. Selain itu juga, kos pembiayaan mempengaruhi beberapa perkara berikut seperti kadar pengurusan minimum dalam sesebuah bank Islam, prestasi dan kekuatan sesebuah organisasi yang memohon pembiayaan serta potensi dan risiko perniagaan yang diceburi.
Oleh itu, kita perlu faham bahawa konsep asas yang ada dalam Islam ialah adil, maka apa-apa transaksi yang berlaku antara dua pihak hendaklah jelas semasa kontrak (akad) yang pertama, jika kita fahami perkara ini dengan lebih jelas bahawa Islam tidak menzalimi kepada sesiapa pun sama ada pelanggan atau pun peniaga. Kalaulah kita mengambil sistem Perbankan Konvensional, sudah tentu kita akan mendapat faedah dengan kita tidak sedari, itulah yang dinamakan (riba’) yang sudah jelas pengharamannya di dalam al-Quran dan hadis nabi SAW atau pun membawa kepada kerugian jika keadaan ekonomi semasa tidak stabil, dengan ini pihak bank akan menaikkan kadar peratus bayaran kepada pelanggan tanpa sedar.

Masih tidak puas hati
Walaupun kita sudah mengetahui mengenai hakikat perjalanan sistem syariah dan konvensional. Ada juga sebahagian yang masih tidak berpuas hati lagi.
“Kami hendak bank Islam bukan hanya setara dengan bank Konvensional, malah kami hendak bank Islam jauh lebih murah berbanding sistem konvensional. Bukan ke sistem syariah membantu kebajikan masyarakat?” suara-suara yang tidak puas hati lagi kedengaran.
Situasi mudah yang saya boleh berikan ialah apabila kita menghantar anak kita ke sekolah agama swasta sebagai contoh (pilihan utama ibu bapa masa kini), maka ibu bapa diwajibkan membayar yuran sekolah yang lebih sedikit daripada sekolah biasa. Kalaulah pihak sekolah agama tidak mengambil yuran lebih daripada pihak ibu bapa, sudah tentu ia akan menjejaskan pengurusan sekolah tersebut seperti gaji guru, bil air dan elektrik, makanan serta sebagainya. Analogi mudah yang saya berikan di sini ialah mengenai pengurusan kewangan di sesebuah institusi.
Demikian jugalah pada sistem Perbankan Islam, harga yang ditawarkan mengikut kemampuan dan keperluan pasaran. Seperti saya katakan tadi, Islam amat menekankan konsep keadilan kepada ke dua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual. Bukan hanya hak pembeli sahaja yang perlu dijaga. Oleh itu saya akan membawa beberapa fakta mengenai pengurusan sesebuah institusi bank Islam seperti berikut:
  1. Bank-bank yang menjalankan sistem perbankan Islam adalah merupakan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar yang juga bermatlamatkan keuntungan agar organisasi dapat pergi lebih maju lagi kehadapan. Bagi mencapai sasaran itu, bank yang menjalankan sistem Perbankan Islam menawarkan khidmat kewangan menurut Islam melalui produk-produknya yang diiktiraf oleh syariah, ia bukannya badan kebajikan yang menawarkan perkhidmatan percuma.
  2. Bank-bank yang melaksanakan Perbankan Islam juga mempunyai pelabur-pelabur yang mengharapkan pulangan yang baik daripada hasil pelaburannya, dan ia bukannya wang subsidi yang di beri secara percuma.
  3. Bank-bank yang melaksanakan Perbankan Islam mempunyai para kakitangan yang perlu di bayar gaji selaras dengan nilai pasaran. Keuntungan adalah amat penting bagi menjamin kakitangan yang berkualiti agar dapat dikekalkan bagi meneruskan “bank efficiency” dan “its competitiveness”.
  4. Bank-bank yang melaksanakan Perbankan Islam juga perlu membayar seluruh kos operasi bangunannya dan peralatannya. Justeru, jika khidmat yang ditawarkan adalah percuma dan amat murah, bagaimana mungkin bank yang melaksanakan Perbankan Islam akan terus berkembang seperti Perbankan Konvensional yang sudah lama bertapak.
Oleh itu, umat Islam perlu sedar bahawa hakikat syarikat korporat yang berteraskan konvensional sudah terlalu lama bertapak dan sudah memakan terlalu banyak keuntungan, maka mereka lebih kuat kedudukannya berbanding dengan Perbankan Islam yang baharu sahaja bertapak. Maka menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam untuk memilih Perbankan Islam agar pengurusannya terus meningkat dan maju sejurus mengurangkan lagi kos pengurusannya jika sudah teguh dan kuat.
Perkara ini juga boleh dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan bank Negara Malaysia pada tahun 2005 yang menyebut bahawa aset ke semua bank-bank Islam di Malaysia hanya sebanyak RM 111.8 Billion, dan ianya hanya 11.6 peratus kecil daripada keseluruhan aset bank-bank di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa bank Konvensional sangat menguasai ekonomi berkali-kali ganda. Walaubagaimanapun, kita perlu bersyukur dengan kehadiran sistem-sistem Islam yang semakin banyak meresap ke dalam bank dan prestasi keuntungan bank-bank Islam ini dicatatkan meningkat dari tahun ke tahun.

Manfaat lain
Jika kita menggunakan sistem perbankan Islam, kita sebenarnya sudah membantu saudara-mara seakidah kita secara tidak langsung. Kita lihat balik hasil keuntungan daripada pelaburan pihak bank Islam bukan hanya untuk institusi mereka sahaja, malah mereka diwajibkan membayar zakat perniagaan setiap tahun, bukankah itu memajukan lagi ekonomi orang Islam secara amnya. Bukan itu sahaja, malah kebajikan lain juga telah diperuntukkan oleh pihak bank Islam seperti menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada pelajar-pelajar, sedekah kepada orang miskin, menyumbang kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan sebagainya. Bank Konvensional tidak wajib bagi mereka untuk membayar zakat, malah kebajikan lain juga tidak diperuntukkan. Jika kita menggunakan sistem Konvensional, sebenarnya kita sudah mengayakan dan menguatkan lagi institusi yang jelas keharamannya.
Jika kita perhalusi lagi, apabila pihak bank mendapat keuntungan yang baik, maka ia juga akan menghasilkan kadar pulangan yang tinggi bagi penyimpan-penyimpan di akaun bank berkenaan sebagai contoh akaun (Al-Mudharabah), sudah tentu penyimpan (pelabur) akan mendapat pulangan yang baik. Demikian juga penyimpan yang menyimpan di akaun simpanan (Al-Wadiah). Mereka juga berpeluang mendapat pulangan ‘hibah’ yang lebih menarik. Ini juga salah satu bentuk bantuan tetapi ia jarang sekali disedari oleh orang ramai.
Selain itu, keuntungan yang diperolehi daripada pihak bank yang melaksanakan sistem Perbankan Islam akan membolehkan bank-bank ini meluaskan lagi jangkauan operasinya, selain memantapkan lagi keuntungan akan datang. Kesannya adalah amat baik kerana bakal menghasilkan lebih banyak peluang kerjaya baru bagi individu Muslim di Perbankan Konvensional yang ingin berhijrah dari sistem Riba’ (haram) kepada sistem Kewangan Islam (sistem Allah). Ini merupakan satu jihad bagi memerangi sistem riba’ yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran dan hadis nabi SAW secara jelas.
Oleh itu, sekali lagi saya katakan bahawa umat Islam perlu menyokong produk Islam yang terjamin kehalalannya.

Sebab pengharamannya
1.    Sebab pertama, Allah swt telah berfirman di dalam Al-quran yang bermaksud:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqaroh: 75)
Ayat ini menjadi bukti yang sangat jelas bahawa umat Islam tidak boleh mengambil atau terlibat dengan sistem riba’.
2.    Sebab ke dua adalah dari firman Allah swt yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah: 2)
Di dalam Tafsir Ibnu Kasir menyebut: Allah swt menyuruh orang-orang yang beriman agar tolong-menolong dalam semua perkara kebaikan dan itulah dinamakan kebajikan, manakala meninggalkan perkara-perkara yang haram itu adalah taqwa. Allah menyuruh orang-orang beriman agar tidak tolong-menolong dalam perkara yang zalim, dosa, dan membawa kerosakan.
Adakah kita sedar bahawa sistem konvensional ini secara tersiratnya membawa banyak kezaliman ke atas manusia. Tetapi masih ramai yang tidak menyedarinya.
Walaupun kita tidak mengambil faedah yang diberi kononnya kerana ingin menikmati kemurahan produk-produk yang ada pada bank Konvensional, sebenarnya kita tidak sedar bahawa kita sedang membantu bank ini mengukuhkan lagi kedudukannya. Maka dengan keuntungan itu, mereka akan mengembangkan lagi sistem riba’ di atas muka bumi Allah swt ini. Jelas bahawa ayat ini melarang keras umat Islam membantu pihak yang melakukan kezaliman.

Kecuali
Hukum ini tidaklah secara mutlak ke atas individu dalam semua hal keadaan, kerana manusia hari ini sangat berhajat kepada bank untuk menyimpan harta mereka atau pun membuat pinjaman daripada pihak bank dan sebagainya.
Hukum haram tersebut boleh berubah kepada hukum harus jika orang Islam itu berada di negara barat sebagai contoh, yang mana negara itu tidak mempunyai sistem perbankan Islam, maka dia boleh menggunakan sistem konvensional dalam keadaan darurat itu.

Fenomena Pelik Umat Islam Sekarang
Apabila kita melihat sahabat kita yang berada di negara barat, mereka terpaksa membayar dengan kadar yang lebih mahal untuk mendapatkan makanan yang halal. Sebagai contoh ialah ayam yang disembelih mengikut syariah lebih mahal daripada ayam yang biasa.
Umat Islam hari ini lebih mengambil berat soal pemakanan daripada soal menggunakan produk-produk syariah. Ya, memanglah ke dua-duanya haram, tetapi kita perlu sedar bahawa hukum riba’ lebih berat daripada hukum memakan ayam yang tidak disembelih secara syariah sebagai contoh. Tetapi inilah yang menjadi masalah besar bagi umat Islam, hanya melihat dari sudut yang lebih kecil berbanding sudut yang sangat besar di depan mata.

Kesimpulan
Firman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Arro’du: 11)
Kita sering mengimpikan kemenangan Islam daripada pelbagai sudut sama ada dari segi politiknya, ekonominya, sahsiyahnya, akhlaknya, dan pelbagai lagi. Jika kita hendak melihat perubahan itu, maka diri kita perlu diubah dahulu iaitu menyokong apa-apa sahaja perkara yang menyumbang kepada kegemilangan ummah dan Islam.
Ianya sangat adil bukan, kita lihat pada waktu awal permulaan Islam, mereka berjihad dengan menginfakkan harta yang sangat banyak seperti sayidina Abu Bakar, Umar, dan ramai lagi, mereka juga mengangkat senjata untuk mempertahankan Islam. Maka pengorbanan itu juga perlu ada pada diri kita semua, tetapi dengan nisbah yang lebih kecil iaitu dengan menyokong produk-produk dan sistem-sistem yang ada pada Islam, itulah jihad kita pada hari ini.
Sumber: http://fikrahhalaqah.com/
pssstttt..i read it through and now i know..at first jaja ada plan nak buat loan untuk kereta baru and bayar penuh hutang ptptpu..tapi encik tunang tak benarkan..suh jaja buat saving jer dulu. err..ker dia yang nak spend those expenses??? :p berangan laaaa kauuu jaja...kikiki

Tag : ,
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO